CSOBOTH meraikan jaringan dengan memegang jersi Vargas. FOTO AFP
CSOBOTH meraikan jaringan dengan memegang jersi Vargas. FOTO AFP
AFP

Stuttgart, Jerman: Kevin Csoboth menjaringkan gol pada minit ke-10 masa tambahan bagi membolehkan Hungary menang 1-0 untuk menghidupkan peluang ke peringkat 16 terakhir Euro 2024, awal pagi tadi.

Bagaimanapun, kemenangan itu dibayangi kecederaan menakutkan penyerang Hungary Barnabas Varga yang terpaksa diusung keluar pada babak kedua.

Kenyataan Persekutuan Bolasepak Hungary selepas itu melegakan rakan sepasukan dan penyokong mereka susulan Varga dalam keadaan stabil selepas mendapat rawatan di hospital di Stuttgart.

Csoboth menujukan jaringannya buat Varga dengan memegang jersi rakannya itu ketika meraikan jaringan.

"Sudah tentu kami berjuang untuknya pada baki 15-20 minit perlawanan. Kami mahu menang untuknya dan tujukannya kepada dia," kata penyerang Hungary Roland Sallai.

Ia pengakhiran mengecewakan buat Scotland yang memburu tempat ke peringkat kalah mati kalah pertama di kejohanan besar selepas mereka terperangkap dengan serangan balas pantas Hungary.

"Ia selalunya perlawanan satu gol," kata jurulatih Scotland Steve Clarke. "Kami gagal mendapatkan gol, kami mencuba tapi tak berjaya."

Jerman menduduki tangga teratas Kumpulan A selepas seri 1-1 dengan Switzerland yang mara selaku naib juara manakala Hungary perlu bergantung kepada keputusan perlawanan lain sebagai antara pasukan tempat ketiga terbaik.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Jun 2024 @ 6:40 AM