GUARDIOLA dan Arteta bakal mempertaruhkan strategi terbaik pada perlawanan Ahad ini.
GUARDIOLA dan Arteta bakal mempertaruhkan strategi terbaik pada perlawanan Ahad ini.
AFP

London: Arsenal berkunjung ke Manchester City pada Ahad ini dengan misi melengkapkan kemenangan berganda ke atas skuad Pep Guardiola.

Perlawanan di Stadium Etihad itu juga boleh menjadi penentu kepada pertarungan sengit tiga penjuru dalam perebutan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL).

Liverpool pula bakal berkelebihan tiga mata ke atas pendahulu Arsenal dan empat mata di depan City jika mereka menewaskan Brighton di Anfield dalam perlawanan lebih awal.

Arsenal muncul hanya pasukan keempat menang setiap lapan aksi pertama EPL dalam kalendar tahun yang sama selepas menewaskan Brentford pada awal Mac dengan tiga kelab terdahulu melakukannya berjaya menjuarai liga.

Namun rekod Gunners menentang City dalam saingan EPL sangat teruk apabila tewas 12 daripada 13 perlawanan lalu manakala kemenangan tunggal diraih pada Oktober hasil jaringan Gabriel Martinelli.

"Ia seperti kemenangan besar," kata pengurus Arsenal Mikel Arteta. "Ia memang istimewa."

Skuad Arteta kini lebih garang berbanding musim lalu ketika mereka tersungkur saat akhir yang membolehkan City menjuarai gelaran ketiga.

Bagaimanapun, mengulangi kemenangan di Etihad bukan tugas mudah selepas City tidak tewas 38 perlawanan dalam semua kejohanan di tempat sendiri.

Brentford pasukan pelawat terakhir meraih kemenangan pada November 2022 dan jika Arsenal berjaya melengkapkan kemenangan berganda ke atas City sejak 2007/08, pastinya memberi kelebihan besar kepada mereka untuk meneruskan pemburuan kejuaraan liga.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Mac 2024 @ 12:12 PM