NEYMAR sah berhijrah ke Al Hilal. FOTO REUTERS
NEYMAR sah berhijrah ke Al Hilal. FOTO REUTERS
Agensi

London: Bintang Brazil, Neymar dilaporkan meminta tuntutan mewah sebagai syarat untuk berhijrah ke Arab Saudi.

Dia mengesahkan perpindahan ke kelab Al-Hilal menerusi perjanjian selama dua tahun yang akan menyaksikannya memperoleh pendapatan £2.5 juta (RM14.7 juta) seminggu.

Neymar, 32, adalah antara bintang bola sepak dunia yang berpindah ke Arab Saudi pada musim panas ini bersama-sama Karim Benzema.

Bagaimanapun, untuk mendapatkan khidmatnya bukan murah apabila Al-Hilal perlu membayar sebanyak £78 juta (RM459.7 juta) kepada PSG serta menawarkan Neymar kontrak lumayan.

SunSport difahamkan bekas bintang Barcelona itu meminta pemilik Al-Hilal memberikan tiga kereta mewah untuk dirinya dan empat Mercedes G Wagon untuk pengiringnya serta sebuah van Mercedes dengan seorang pemandu.

Neymar juga meminta pemandu itu bersedia sepanjang masa setiap hari sepanjang tahun untuk dirinya, rakan dan keluarganya.

Kereta mewah itu termasuk Bentley Continental GP, Aston Martin DBX dan Lamborghini Huracan, yang akan menelan kos kira-kira £510,000 (RM3 juta) jika digabungkan.

Di rumah, Neymar meminta peti aisnya dipenuhi sepanjang masa dengan minuman jus Acai daripada jenama kegemarannya selain minuman Guarana untuk rakan dan keluarganya.

Dia turut meminta tiga sauna dibina di rumahnya selain lima pekerja sepenuh masa, termasuk cef sos bagi membantu cef peribadinya dari Brazil serta dua orang bagi kerja pembersihan.

Sumber memberitahu, Neymar meminta semua kos penginapannya di hotel, restoran dan bandar yang mungkin dilawatinya pada hari tiada perlawanan ditanggung sepenuhnya oleh pemilik Al-Hilal.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Ogos 2023 @ 12:13 PM