AL-HILAL sedang usaha dapatkan Neymar. -FOTO AFP
AL-HILAL sedang usaha dapatkan Neymar. -FOTO AFP
Agensi

Paris: Selepas gagal dapatkan Lionel Messi, Al-Hilal kini merancang untuk memburu bintang Paris Saint Germain (PSG), Neymar menjelang jendela perpindahan musim panas ini.

Menurut CBS Sports, wakil Al-Hilal berada di Paris cuba mendapatkan mengikat perjanjian pemain bola sepak termahal dunia itu dan sedang menyediakan tawaran lumayan untuk pemain Brazil itu.

Penyerang yang menyertai PSG dengan perpindahan rekod dunia RM1.1 bilion pada 2017 itu dijangka meninggalkan juara Ligue 1 terbabit.

Menurut CBS Sports, Neymar bakal menjadi pemain terbaharu meninggalkan PSG selepas Sergio Ramos dan Lionel Messi apabila wakil Al Hilal sudahpun terbang ke Paris untuk mengadakan perbincangan bersama Neymar.

Al-Hilal hampir meyakinkan Messi untuk beraksi di Liga Pro Saudi sehingga pemenang Piala Dunia memutuskan untuk berpindah ke kelab MLS Inter Miami, jadi mereka kini mengalih perhatian kepada bekas rakan sepasukan Messi di PSG.

Pemiliknya, Dana Pelaburan Awam itu berminat untuk menandingi pesaing mereka Al-Nassr yang mendapatkan Cristiano Ronaldo.

Neymar menepati apa yang diperlukan dan akan membantu mengukuhkan kekuatan mereka untuk bersaing dengan Ronaldo di Al-Nassr, jika mereka dapat meyakinkan pemain berusia 31 tahun itu menamatkan kerjaya bola sepak Eropahnya.

Gaji pemain berusia 31 tahun itu dijangka menyamai gaji yang diterima Cristiano Ronaldo di mana bintang Al Nassr itu ditawarkan gaji tahunan sebanyak RM992 juta.

AL Hilal bersedia menawarkan RM232 juta kepada PSG bagi mendapatkan Neymar yang ketika ini memiliki kontrak sehingga 2025.

Pemain dari Brazil itu turut dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan Manchester United, Chelsea dan Newcastle dikatakan berminat untuk memancingnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Jun 2023 @ 12:24 PM