HAMIDIN (kanan) bertanya mengenai persiapan Nur Dhabitah ketika melawat Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, hari ini. FOTO BERNAMA
HAMIDIN (kanan) bertanya mengenai persiapan Nur Dhabitah ketika melawat Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, hari ini. FOTO BERNAMA
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri masih menunggu lampu hijau daripada Persekutuan Renang Malaysia (MAS) mengenai latihan intensitfnya di United Kingdom (UK) sebelum mengharungi cabaran di Sukan Olimpik Paris 2024.

Dhabitah berkata, pemilihan United Kingdom sebagai destinasi latihan adalah bagi memastikan atlet dapat melakukan persiapan rapi dan membiasakan diri dengan suasana dan cuaca di Eropah.

"Kemungkinan kami berlepas ke UK pada 8 atau 9 Julai ini, tetapi saya tidak 100 peratus pasti lagi kerana masih menunggu pengesahan daripada Bryan (Pengarah Teknikal skuad terjun negara ke Sukan Olimpik, Bryan Nickson Lomas).

"MAS mengaturkan supaya kami berada di sana kerana saya rasa ia tidak jauh dari Paris dan saya sedia maklum pasukan Australia akan berada di sana.

"Jika benar, ia adalah baik untuk merasai suasana kompetitif sebelum Olimpik Paris," katanya ketika ditemui selepas lawatan Ketua Kontinjen Malaysia (CDM) ke temasya Paris 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin ke Pusat Latihan Akuatik, di sini, sebentar tadi.

Nur Dabhitah disahkan membuat penampilan ketiganya di Sukan Olimpik pada edisi Paris 2024, menerusi lebihan kuota yang tidak digunakan atlet negara lain.

Khabar gembira itu disahkan Bryan sambil memberitahu Nur Dhabitah akan beraksi dalam acara 3 meter (m) papan anjal di Paris 2024 kelak.

Nur Dhabitah yang pernah bersaing pada edisi Rio 2016 dan Tokyo 2020 bakal menemani penerjun muda, Bertrand Rhodict Lises yang muncul atlet pertama negara layak ke Paris 2024.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Julai 2024 @ 2:34 PM