Kalidou Koulibaly. FOTO Agensi
Kalidou Koulibaly. FOTO Agensi
AFP

Rome: Pertahanan Senegal, Kalidou Koulibaly diuji positif Covid-19 ketika tugas antarabangsa di Piala Negara Afrika dekat Cameroon, umum kelabnya Napoli.

Skuad The Teranga Lions dijadualkan memulakan kempen Kumpulan B menentang Zimbabwe di Bafoussam pada Isnin.

"Kalidou Koulibaly diuji positif Covid-19 ketika tugas antarabangsa bersama Senegal. Pemain pertahanan yang sudah mengambil vaksin dan tidak mempunyai sebarang simptom. Ketika ini dia menjalani pengasingan diri mengikut protokal ditetapkan," menurut Napoli dalam satu kenyataan.

Pasukan di ranking utama Afrika, Senegal terpaksa menangguhkan ketibaan mereka untuk kejohanan itu sehari lewat minggu ini selepas tiga pemain dan enam kakitangan mereka disahkan positif.

Skuad itu tanpa tiga pemain yang menjalani kuarantin.

CAF menyatakan pasukan harus bermain perlawanan mereka sekalipun hanya mempunyai 11 pemain yang dapat beraksi. Pemain lain harus menggantikan penjaga gol jika tidak mempunyai penjaga gol sebenar.

Mana-mana pasukan yang gagal melengkapkan jadual mereka akan dikira tewas 2-0.

Pegawai bola sepak Afrika berkata dalam kes berkecuali penganjur kejohanan akan mengambil keputusan sewajarnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 January 2022 @ 8:41 AM