ATLET lempar cakera kebangsaan, Queenie Ting Kung Nie (tengah)  meraih emas dengan catatan 47.02 meter.
ATLET lempar cakera kebangsaan, Queenie Ting Kung Nie (tengah) meraih emas dengan catatan 47.02 meter.
Mohamad Fahd Rahmat

Kluang: Sesi petang Kejohanan Varsity Track & Field 2024 (Siri 2) Stadium Kluang hari ini menyaksikan Universiti Putra Malaysia terus beraksi cemerlang apabila berjaya merangkul 3 lagi pingat emas dan 2 perak.

UPM berjaya raih emas acara 400 meter (m) lari berpagar lelaki, 400 meter lari berpagar wanita dan 800m meter wanita.

Manakala perak diraih dalam acara 400m lari berpagar wanita dan 800m lelaki.

Terdahulu pada sesi pembukaan kejohanan di sebelah pagi, UPM merebut 3 emas acara lompat jauh wanita, lempar cakera wanita dan merejam lembing lelaki.

Manakala tiga perak disumbangkan dari acara jalan kaki 5,000m wanita, lompat jauh wanita dan lempar cakera wanita.

Dalam masa sama, dua rekod baharu kejohanan berjaya dicipta menerusi acara 400m lari berpagar wanita dan acara 800m lelaki.

Sebanyak 43 acara dipertandingkan pada kejohanan kali ini membabitkan 396 atlet lelaki dan wanita membabitkan 30 universiti awam dan swasta yang berlangsung selama tiga hari hingga Ahad ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Mei 2024 @ 9:43 PM