MANE perkasa skuad Senegal dalam Piala Negara-Negara Afrika.
MANE perkasa skuad Senegal dalam Piala Negara-Negara Afrika.
AFP

Dakar: Senegal akan memulakan cabaran mereka dalam Piala Negara-negara Afrika apabila skuad yang dibarisi pemain seperti bintang Liverpool Sadio Mane (gambar) berkumpul di ibu negara Dakar mulai semalam.

Senegal adalah antara pasukan pilihan untuk kejohanan yang akan diadakan dari 14 Januari hingga 5 Februari di Gabon dan jurulatih Aliou Cisse sudah menyenaraikan 23 pemain yang dibarisi pemain dari pelbagai kelab seluruh Eropah, khususnya Liga Perdana Inggeris.

Ketiadaan Mane akan dirasai Liverpool dalam perburuan Liga Perdana Inggeris manakala bintang Senegal yang lain termasuklah Keita Bald dari Lazio dan bek tengah ternama Kalidou Koulibaly dari Napoli.

Jurulatih Cisse memberi sepenuh kepercayaan kepada skuad yang melengkapkan aksi kelayakan Piala Negara-negara Afrika dengan enam kemenangan daripada enam perlawanan.

Skuad itu akan berada di Dakar mulai semalam hingga Khamis sebelum menyertai kem di ibu negara Congo, Brazzaville, menurut media Senegal.

Turut bersama Senegal dalam Kumpulan B adalah Tunisia, Zimbabwe dan Algeria. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 January 2017 @ 8:10 AM