DEMBELE (kiri) masih belum pasti dapat diturunkan atau tidak pada aksi terakhir Kumpulan F. FOTO EPA
DEMBELE (kiri) masih belum pasti dapat diturunkan atau tidak pada aksi terakhir Kumpulan F. FOTO EPA
AFP

Paris: Ousmane Dembele akan melakukan pemeriksaan lutut untuk melihat kecederaan tendon yang dialami ketika Perancis seri menentang Hungary awal pagi tadi, jelas jurulatih, Didier Deschamps.

"Kami akan melakukan ujian, dia sudah diperiksa petang tadi. Dia mendapat kecederaan tendon lutut," kata Deschamps.

Penyerang Barcelona itu di bawa masuk pada minit ke-57 ketika Les Blues seri 1-1 dengan Hungary awal pagi tadi di Budapest, tatkala pasukannya masih ketinggalan dengan jaringan pembukaan Attila Fiola pada separuh masa pertama.

Sentuhan pertamanya mengenai tiang namun dia terpaksa meninggalkan padang tiga minit sebelum tamat dan digantikan dengan Thomas Lemar.

Perancis akan beraksi dalam perlawanan terakhir Kumpulan F menentang Portugal awal pagi Khamis di Budapest.

Mereka memimpin kumpulan berkenaan dengan kelebihan satu mata berbanding Portugal dan Jerman.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Jun 2021 @ 9:03 PM