SESI latihan skuad Portugal. FOTO EPA
SESI latihan skuad Portugal. FOTO EPA
AFP

Paris: Sepanyol dan juara bertahan Portugal berdepan risiko tersingkir awal dari Euro 2020 menjelang perlawanan terakhir awal pagi esok sementara UEFA menolak untuk membenarkan Allianz Arena menyalakan warna pelangi membayangi perlawanan penting antara Jerman dan Hungary.

Jerman memerlukan sekurang-kurangnya seri untuk mara ke saingan 16 terbaik namun kekalahan akan menyaksikan Hungary yang akan layak dengan skuad bimbingan Joachim Loew sekali lagi akan tersingkir di peringkat kumpulan seperti Piala Dunia 2018.

Ia satu yang sukar untuk dibayangkan buat Jerman selepas menewaskan skuad juara bertahan Portugal yang dibintangi Cristiano Ronaldo 4-2 minggu lalu namun mereka kini mungkin akan turun tanpa khidmat Thomas Mueller kerana kecederaan lutut.

Ia turut dibayangi oleh keputusan UEFA yang tidak membenarkan pihak berkuasa Munich menyalakan lampu stadium dengan warna pelangi.

Bandar raya Jerman ingin memprotes undang-undang yang dikeluarkan oleh Hungary yang menghalang promosi homoseksual kepada remaja bawah umur.

Dalam satu lagi saingan Kumpulan F, Juara Dunia Perancis akan menentang Portugal di Budapest yang mana juara bertahan itu juga berdepan bahaya.

Portugal akan tersingkir sekiranya mereka kalah dan Hungary menang namun seri sudah cukup untuk membawa juara 2016 mara ke pusingan kedua.

Portugal akan berdepan Perancis yang sudahpun mengesahkan tempat namun perlu menang untuk menguasai kedudukan carta kumpulan dan secara teorinya mereka akan berdepan laluan mudah di pusingan seterusnya.

"Tempat kami sudah terjamin dan itu memberi sedikit ketenangan. Dari pengalaman saya tidak terperangkap dalam perkiraan matematik, anda perlu menghormati perlawanan," kata jurulatih Perancis, Didier Deschamps.

Ronaldo hanya memerlukan dua gol untuk menyamai rekod sepanjang zaman Ali Daei, yang meledakkan 109 untuk Iran.

Jiran Portugal turut berdepan laluan sukar pada perlawanan terakhir Kumpulan G menentang Slovakia di Seville.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Jun 2021 @ 11:06 AM