JURULATIH Perancis, Didier Deschamps (kanan) meraikan penyerangnya, Kylian Mbappe selepas seri 1-1 dengan Hungary, hari ini. FOTO AFP
JURULATIH Perancis, Didier Deschamps (kanan) meraikan penyerangnya, Kylian Mbappe selepas seri 1-1 dengan Hungary, hari ini. FOTO AFP
AFP

Budapest: Jurulatih Perancis, Didier Deschamps mengakui pasukannya mengharapkan lebih baik daripada keputusan seri 1-1 dengan Hungary menyebabkan juara dunia itu terpaksa menunggu untuk layak ke pusingan kalah mati Euro 2020.

Jaringan penyamaan Antoine Griezmann memastikan satu mata buat Perancis selepas bek kiri Hungary, Attila Fiola menjaringkan gol pendahuluan yang mengejutkan di Budapest.

"Pada separuh masa pertama ketika kami sepatutnya mendahului, kami ketinggalan menerusi satu-satunya peluang mereka," kata Deschamps kepada televisyen Perancis, TF1.

"Sudah tentu, bermain di depan penyokong sendiri di stadium penuh memberikan mereka kekuatan."

Les Bleus boleh mara ke pusingan kalah mati dan berdepan pasukan di tempat ketiga kumpulan lain, sekiranya menang ke atas juara bertahan, Portugal pada aksi terakhir kumpulan, minggu depan.

"(Hungary) bertahan dengan baik, mereka turut melakukan perkara sama ketika menentang Portugal sebelum dibolosi pada minit ke-84," katanya.

"Satu mata hari ini bukanlah kami harapkan, tetapi kami terpaksa menerimanya.

"Percubaan tidak tepat gagal menghasilkan gol. Kami ada beberapa peluang pada babak pertama dan kami menguasai 45 minit ketika lawan tidak mampu berbuat apa-apa.

"Kami memperoleh gol, tetapi ia tidak mencukupi untuk mendapat keputusan diharapkan. Kami terpaksa menerima keputusan ini."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Jun 2021 @ 12:23 AM