Pengurus Manchester City, Pep Guardiola. FOTO AFP
Pengurus Manchester City, Pep Guardiola. FOTO AFP
Agensi

London: Manchester City dijangka akan beraksi tanpa enam pemain tonggak menjelang perlawanan separuh akhir Piala Liga berdepan Manchester United awal pagi Khamis ini.

Pep Guardiola kehilangan beberapa tonggak utamanya selepas kes Covid-19 melanda kem Etihad.

Kyle Walker dan Gabriel Jesus disahkan positif sebelum Krismas lalu, manakala tiga lagi pemain Manchester City didapati positif dan terlepas kemenangan 3-1 di Chelsea.

Sekalipun identiti tiga pemain itu tidak didedahkan, penjaga gol Ederson dan penyerang Ferran Torres tidak beraksi di Stamford Bridge.

Eric Garcia dan seorang kakitangan City antara yang terkini positif Covid-19.

Pertemuan Liga Perdana antara City dan Everton minggu lalu ditangguhkan, tetapi skuad kendalian Guardiola kembali beraksi di Stamford Bridge.

Kini skuad tidak lengkap Guardiola bakal berdepan cabaran skuad Red Devils dalam mempertahankan kejuaraan.

Sementara, satu lagi aksi separuh akhir membabitkan Tottenham menentang Brentford berlangsung di Stadium Tottenham Hotspur, awal pagi Rabu.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 January 2021 @ 11:17 PM