BERAT badan berlebihan boleh dicegah dengan tabiat pemakanan sambil mengamalkan gaya hidup cergas.
BERAT badan berlebihan boleh dicegah dengan tabiat pemakanan sambil mengamalkan gaya hidup cergas.

MENURUT Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), obesiti atau berat badan berlebihan sememangnya boleh dicegah.

Justeru, Pengarah Kanan, Pendidikan dan Latihan Pemakanan Sedunia di Herbalife, Susan Bowerman tampil panduan mencapai dan mengekalkan berat badan yang sihat.

Sambil mengamalkan gaya hidup cergas dan aktif, ada beberapa langkah mudah yang boleh diambil:

1. Jangan hanya fokus pada mengurangkan berat badan semata-mata

- Utamakan tabiat harian seperti mengamalkan diet yang sihat dan cara hidup aktif dengan meneruskan amalan itu sepanjang hayat anda.

2. Tetapkan matlamat dan raikan kejayaan mencapai sasaran anda

- Iktiraf setiap pencapaian tidak kira besar atau kecil.

- Apabila membicarakan kehilangan berat badan, kadar yang perlahan dan mantap adalah terbaik walaupun kadang kala cara ini agak membosankan.

3. Elakkan diet mengikut trend

- Anda mungkin berjaya mengurangkan berat buat sementara, tetapi mungkin tidak mengambil makanan sihat atau kumpulan makanan tertentu yang boleh menyebabkan kekurangan khasiat atau meningkatkan risiko kehilangan jisim otot dan bukan mengurangkan lemak badan.

4. Pastikan anda mengambil protein yang secukupnya

- Protein memainkan peranan penting dalam pengurusan berat badan kerana membantu mengawal lapar dengan memastikan anda kenyang lebih lama.

5. Menikmati snek sihat

- Pada hari ini, snek meliputi hampir satu pertiga daripada pengambilan tenaga harian, tetapi kebanyakan snek lazimnya mempunyai kandungan kalori, gula, lemak dan garam yang tinggi.

- Pilih snek yang padat dengan nutrien, kaya dengan protein untuk memastikan anda tidak lapar sehingga waktu makan anda yang seterusnya.

6. Jangan kurangkan terlalu banyak kalori

- Diet yang sangat rendah kalori boleh mengurangkan kadar metabolisme dan menjejaskan usaha mengurangkan berat badan kerana diet ini tidak boleh dikekalkan dalam jangka panjang.

- Sebaliknya beri tumpuan untuk memasukkan makanan sihat dalam diet harian.

7. Bergerak cergas

- Cuba lakukan sekurang-kurangnya 30 minit aktiviti sederhana setiap hari.

- Perubahan kecil sekali pun seperti memilih untuk berjalan menaiki tangga dan bukan menaiki lif.

8. Rancang dan sediakan makanan sihat

- Merancang makanan anda lebih awal akan membantu anda menentukan apakah ramuan yang perlu dibeli dan membolehkan anda mengisi peti sejuk dan kabinet dapur dengan makanan sihat.

9. Kawal jumlah makanan

- Bagi mengurangkan jumlah makanan, cuba gunakan pinggan, gelas, peralatan dapur dan sudu hidangan yang lebih kecil.

10. Baca label khasiat makanan

- Bagi mengawal berat badan, anda perlu tahu apa sebenarnya yang anda makan dan minum.

11. Nikmati sarapan seimbang

- Sarapan bukan sahaja membantu anda mengawal berat dan menumpukan perhatian di sekolah atau tempat kerja, tetapi juga membolehkan anda kekal fokus terhadap aktiviti anda.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Jun 2024 @ 6:57 AM