Pemain Manchester City's Nathan Ake meraikan jaringan ketika menentang Tottenham.
Pemain Manchester City's Nathan Ake meraikan jaringan ketika menentang Tottenham.
AFP

London: Jaringan tonggak Manchester City Nathan Ake pada lewat permainan sudah cukup memastikan pasukan terbabit mara ke pusingan kelima Piala FA selepas mengatasi Tottenham 1-0.

Skuad kendalian Pep Guardiola itu sudah pastinya tersenyum lebar selepas menamatkan kemarau kemenangan di Stadium Tottenham Hotspur apabila rekod sebelum ini menyaksikan mereka tewas semua lima perlawanan tanpa menjaringkan sebarang gol sejak venue itu dibuka pada April 2019.

Ake yang juga tonggak pertahanan Belanda memastikan 'badi'di stadium terbabit terpadam selepas menjaringkan gol ketika perlawanan perlawanan berbaki dua minit.

"Hari ini kami beraksi sangat baik. Semuanya memuaskan hati saya, dari minit pertama hingga akhir," kata Guardiola.

Anak buah Guardiola kini memenangi tujuh perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan selepas kemerosotan prestasi sejak akhir tahun lalu.

City memenangi tiga kejuaraan utama musim lalu dan masih di landasan tepat untuk mempertahankan gelaran Liga Perdana Inggeris, Liga Juara-Juara Eropah dan Piala FA.

Jaringan minit ke-88 Ake terpaksa menanti pengesahan VAR sebelum disahkan oleh pengadil.

Sementara itu, pada satu lagi aksi pusingan keempat menyaksikan Chelsea terikat 0-0 dengan Aston Villa di Stamford Bridge.

Aksi pemain Chelsea ketika menentang Aston Villa dengan perlawanan berkesudahan 0-0.
Aksi pemain Chelsea ketika menentang Aston Villa dengan perlawanan berkesudahan 0-0.

Chelsea menjaringkan enam gol dalam aksi di tempat lawan sebelum ini, menewaskan Middlesbrough untuk mara ke final Piala Liga bertemu Liverpool bulan depan.

Bagaimanapun anak buah Mauricio Pochettino gagal menembusi benteng Villa dengan kedua-dua pasukan bergabung mencatat 23 percubaan.

Nottingham Forest juga terikat 0-0 dengan Bristol City di Ashton Gate

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 January 2024 @ 8:44 AM