WILLIAN menolak dakwaan dia tidak gembira di bawah kendalian pengurus baharu, Maurizio Sarri. Foto REUTERS
WILLIAN menolak dakwaan dia tidak gembira di bawah kendalian pengurus baharu, Maurizio Sarri. Foto REUTERS
Agensi

PENYERANG Chelsea, Willian menolak dakwaan dia tidak gembira di bawah kendalian pengurus baharu, Maurizio Sarri selepas tewas 0-2 di tangan Manchester City pada perlawanan Perisai Komuniti, malam tadi.

Jelas tonggak kelahiran Brazil itu, biarpun hanya sempat beraksi selama 30 minit sebagai pemain gantian, ia tidak bermakna dia tidak gembira di Stamford Bridge ketika ini.

“Saya gembira di sini. Saya tidak sabar untuk beraksi dengan lebih baik dan menang trofi,” katanya sejurus tamat aksi di Stadium Wembley.

Sebelum ini, Willian terlepas latihan selama lima hari berikutan masalah pasport yang menguatkan lagi dakwaan dia akan meninggalkan Stamford Bridge.

Difahamkan, beberapa kelab termasuk Real Madrid, Barcelona dan Manchester United antara yang berminat mendapatkan khidmat pemain lincah itu yang turut membantu Brazil mara ke suku akhir Piala Dunia di Russia bulan lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Ogos 2018 @ 10:57 AM