GABRIEL Jesus antara pemain Man City yang positif Covid-19. FOTO AFP
GABRIEL Jesus antara pemain Man City yang positif Covid-19. FOTO AFP
Agensi

London: Lima pemain Manchester City tidak dapat diturunkan apabila bertemu Chelsea di Stamford Bridge pada aksi Liga Perdana awal pagi Isnin kerana positif Covid-19.

Kyle Walker, Gabriel Jesus dan tiga lagi pemain yang tidak didedahkan namanya kini sedang menjalani tempoh kuarantin.

"Saya tidak rasa Liga Perdana membenarkan kami untuk menyenaraikan barisan pemain itu tetapi segala-galanya akan diketahui pada Ahad," kata Guardiola.

Aksi City bertemu Everton pada 28 Disember lalu terpaksa ditangguhkan berikutan kes positif Covid-19 namun barisan pemain yang lain didapati negatif selepas melakukan ujian.

Guardiola ketika itu bagaimanapun berkata, City mempunyai barisan pemain yang cukup untuk beraksi di Goodison Park namun perlawanan itu terpaksa ditangguhkan selepas memperoleh keputusan ujian berkenaan pada hari perlawanan.

"Kami mahu turun beraksi tetapi pada hari perlawanan, dengan banyak kes positif, kami akhirnya maklumkan kepada Liga Perdana," kata Guardiola.

"Saya sendiri bertemu pengurus Everton, Carlo Ancelotti untuk menerangkan situasi terkini kerana sehari sebelum perlawanan, kami sudah mengadakan perbincangan mengenai jangkaan yang akan berlaku."

Pemain sayap Chelsea, Hakim Ziyech berpeluang untuk melakukan penampilan pertama sejak berdepan kecederaan hamstring awal Disember lalu ketika bertemu Leeds di Stamford Bridge.

Pemain pertahanan, Reece James pula pasti terlepas perlawanan itu kerana berdepan masalah sama.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 January 2021 @ 9:20 AM