MPV mewah dan selesa.
MPV mewah dan selesa.
Lizam Ridzuan


Pasaran kenderaan pelbagai guna (MPV) meskipun tidak sehebat seperti 20 tahun lalu, namun keperluan untuknya sentiasa ada terutama mobiliti keselesaan maksimum.

Untuk itu sejak diperkenalkan pada 2019, Lexus LM adalah MPV pertama untuk jenama mewah sub jenama di bawah Toyota Motor Corporation diperkenalkan dalam pasaran global.

Mengekalkan elemen mewah LM yang membawa makna Luxury Mover kini diperkenalkan pula untuk generasi kedua yang sudah dipertontonkan kepada media pada hujung Mei lalu untuk pasaran Malaysia.

Lexus LM Serba Baharu ini mula ditawarkan untuk pasaran Malaysia pada 2021 dan kini ia ditawarkan menerusi dua varian iaitu LM500h untuk empat penumpang (2+2) dan LM350h untuk tujuh penumpang (2+2+3).

GAYA baharu mobiliti.
GAYA baharu mobiliti.

Kedua-dua model ini dengan enjin trenkuasa hibrid (HEV), namun dibezakan dengan enjin dan transimisi.

Untuk rekaan luaran, ia sudah bertambah daripada dimensi saiznya iaitu lebih panjang 85 milimeter (mm), lebar 40mm dan tinggi 45mm daripada generasi pertama, namun jarak antara roda kekal 3,000mm meskipun dibangunkan atas platform berbeza kini dengan GA-K Lexus.

Selain itu, rekaan gril Spindle sebagai ciri signatur Lexus kini tampil konsep lebih segar dengan model LM ini termasuk pada bahagian bawah gril yang menjadi lebih 'spindle' tanpa bingkai yang menarik serta yang pertama dengan 'kesan-satin' pada bahagian gril hitam dan acuan badan.

Ia juga dipadankan dengan lampu utama LED projektor termasuk ciri signatur lampu nyalaan siang (DRL) dan lampu membelok kini juga diberi sentuhan baharu pada lampu dwi-fungsi bentuk L itu.

Pada bahagian belakang logo L kini diganti dengan huruf jenama serta lampu yang merentasi pintu belakang untuk lebih pencahayan dan tampik kelas tersendiri.

SUASANA kabin dengan skrin 48 inci.
SUASANA kabin dengan skrin 48 inci.

Pada bahagian sisi terserlah rekaan yang premium dari garis bumbung sisi dan belakang padanan kemasan krom dan rim bersaiz 19 inci bergaya.

Nadi utama ialah pada bahagian dalamannya dengan ciri untuk empat penumpang yang tampil ciri kemewahan maksimum seperti dua kerusi khusus seakan-akan berada dalam kapal terbang kelas perniagaan.

Kerusi bukan sahaja selesa, malah boleh dibaringkan, termasuk penahan pada bahagian kaki bagi lebih selesa untuk unjuran lebh baik.

Ia juga dipisahkan pada bahagian hadapan pemandu dan belakang dengan panel gelas yang boleh dinaik atau diturunkan untuk privasi.

Ciri lain dengan skrin lebar infotainmen bersaiz 48 inci, bumbung suria berkembar boleh laras inividu serta pada bahagian sisi dengan pelindung cahaya.

RUANG pemandu konsep Tazuna.
RUANG pemandu konsep Tazuna.

Kabin juga dengan pencahayaan yang unik dengan 14 pilihan warna dengan lima tema berbeza, tingkap yang luas, alat kawalan jauh individu seperti telefon bimbit juga disediakan selain yang bersepadu pada tempat duduk menambah elemen mewah.

Keselesaan bukan sahaja kepada penumpang, malah untuk bahagian dan pemandu dan penumpang hadapan dengan konsep Tazuna bagi kawalan dan penglihatan lebih baik untuk paparan maklumat.

Sistem multimedia bersaiz 14 inci skrin sesentuh dengan keterhubungan Appla CarPlay dan Android Auto, panel meter pemandu 12.3 inci, sistem bunyi keliling Reference 3D dengan 21 pembesar dan pengecas USB (Jenis C) antara yang menambah elemen keselesaan tambahan.

Ruang storan 752 liter untuk LM500h dan sehingga 1,191 liter buat LM350h antara kemudahan tambahan selain ruang storan bawah lantai dan pintu belakang elektrik dengan butang bukaan pada sisi pintu tambah keunikan.

Untuk enjin LM500h dengan enjin 2.4 liter empat silinder dwi-VVTi petrol hibrid petrol dengan pengecas turbo menjana 275 kuasa kuda (hp) dan tork 460Nm.

Menerusi motor elektrik pada bahagian topang hadapan dan belakang ia mambantu menjana 87 kuasa kuda dan tork 292Nm serta 103 hp dan tork 169Nm pada belakang.

Untuk LM350h dengan enjin 2.5 liter empat silinder VVT-iE aspirasa natural (NA) menjana 190 hp dan tork 239Nm yang dijana Siri Sistem Hibrid Selari untuk prestasi dengan motor elektrik tunggal menjana 182 hp dan tork 270Nm yang dijana transmisi eCVT.

Pelbagai ciri keselamatan terbaik ditawarkan antaranya Lexus Safety System + (LSS+) dan tujuh beg keselamatan SRS dan enam untuk LM500h serta empat kamera dan 12 sensor ultrasonic pada sekitar kenderaan untu lebih paparan jelas untuk parkir dan urusan pada laluan sempit.

Untuk pasaran Malaysia Lexus LM350h dan Lexus LM500h dijual pada harga RM1.228 juta dan RM1.468 juta.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Jun 2024 @ 7:01 AM