PEMAIN Marseille, Rolando (tengah) meraikan jaringan kemenangan pasukan ketika aksi menentang Salzburg pada aksi separuh akhir kedua Liga Europa di Stadium Red Bull Arena. FOTO Reuters
PEMAIN Marseille, Rolando (tengah) meraikan jaringan kemenangan pasukan ketika aksi menentang Salzburg pada aksi separuh akhir kedua Liga Europa di Stadium Red Bull Arena. FOTO Reuters
AFP

MARSEILLE menempah tiket final Liga Europa menentang Atletico Madrid selepas meraih kemenangan secara agregat 3-2 ke atas Salzburg, sebentar tadi.

Memerlukan tambahan masa selepas Salzburg berjaya mendahului 2-0 berakhir 90 minit permainan untuk kedudukan agregat terikat 2-2, pertahanan Portugal, Rolando menjadi wira Marseille apabila menjaringkan gol penting buat pasukannya pada minit ke-116.

Selepas dikejutkan dengan persembahan cemerlang Salzburg pada babak kedua, gol Rolando memastikan Marseille menjadi kelab Perancis pertama mara ke final kejohanan di Eropah sejak 2004.

Kelab Ligue 1 mendahului secara agregat 2-0 berikutan kemenangan pada perlawanan pertama di Perancis, minggu lalu tetapi hampir dikecewakan tuan rumah Salzburg yang hampir mencipta kebangkitan ketika mereka menewaskan kelab Itali, Lazio, sebelum ini.

Selepas perlawanan babak pertama berakhir tanpa jaringan, Salzburg membuka tirai jaringan minit ke-57 sebelum gol sendiri Bouna Sarr pada minit ke-65 mengheret aksi ke tambahan masa.

Kedua-dua pasukan buntu untuk mencipta jaringan pada tambahan masa sebelum sepakan sudut Dimitri Payet tiba tepat ke kaki Rolando berbaki empat minit permainan sekali gus membawa Marseille ke final.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Mei 2018 @ 6:11 AM