PEMAIN Lazio Marco Parolo (kiri) kecewa selepas tersingkir pada aksi suku akhir Liga Europa. FOTO/REUTERS
PEMAIN Lazio Marco Parolo (kiri) kecewa selepas tersingkir pada aksi suku akhir Liga Europa. FOTO/REUTERS
Reuters

LONDON: Lazio dipalit kekecewaan apabila disingkirkan RB Salzburg di peringkat suku akhir Piala Europa, ketika Marseille mempamer kebangkitan untuk mengetepikan kelab Jerman, RB Leipzig, awal pagi tadi.

Kelab yang disebut-sebut sebagai pilihan Atletico Madrid turut mengesahkan tempat selaku empat pasukan terakhir meskipun tewas 0-1 kepada Sporting tetapi menang menerusi agregat 2-1.

Mengharungi perlawanan kedua dengan kelebihan 4-2 berikutan keputusan suku akhir pertama di Rome dan menambah jaringan menerusi Circo Immobile pada minit ke-55, Lazio nampak akan memperoleh laluan selesa.

Begitupun Salzburg berjaya menyamakan kedudukan seminit kemudian menerusi Munas Dabbur.

Kelab dari Austria itu kemudian meledak tiga gol dalam tempoh lima minit menerusi Amadou Haidara, Hee Chan-hwang dan Stefan Lainer untuk melakar kemenangan menerusi agregat 6-5 sekali gus muncul pasukan pertama dari negara itu melangkah ke separuh akhir sejak 1996.

Sementara itu, Marseille yang juga bekas juara Eropah turut tersentak di awal permainan ketinggalan seawal minit kedua menerusi jaringan pemain Leipzig, Bruma.

Bagaimanapun jaringan sendiri pertahanan Leipzig, Stefan Ilsanker minit ke-5 menyaksikan kedudukan kembali seimbang dan kelab Perancis itu terus selesa menerusi jaringan Bouna Sarr minit ke-9.

Florian Thauvin terus mengukuhkan kedudukan tuan rumah apabila meledak gol minit ke-38 sebelum Jean Kevin Augustin merapatkan jurang minit ke-55 namun Dimitri Payet menambah gol untuk Marseille lima minit kemudian.

Hiroki Sakai melengkapkan kemenangan Marseille 5-2 pada masa kecederaan untuk mengesahkan kemenangan kelabnya dan mara dengan agregat 5-3.

Di Portugal, Sporting menghadiahkan kekalahan terhadap Atletico yang bimbingan Diego Simeone di halaman sendiri dengan gol tunggal pemainan dijaringkan Fredy Montero padal minit ke-28.

Begitupun kelebihan kemenangan 2-0 pada suku akhir pertama menyaksikan Atletico yang juga wakil Sepanyol melangkah ke separuh akhir.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 April 2018 @ 9:21 AM