BEN Yedder (tengah) ledak dua gol Monaco.
BEN Yedder (tengah) ledak dua gol Monaco.
AFP

Paris: Kelab Ukraine, Shakhtar Donetsk menyingkirkan Monaco menerusi kemenangan agregat 3-2 di pusingan kelayakan Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.

Sheriff Tiraspol dari Moldova turut layak ke undian peringkat kumpulan bersama RB Salzburg dari Austria selepas berakhir kesemua aksi playoff.

Monaco pastinya kesal selepas mendahului dengan agregat 2-1 pada babak pertama hasil dua jaringan Wissam Ben Yedder namun Marlos menyamakan kedudukan pada minit ke-72 dan mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Ketika permainan berbaki enam minit, pertahanan Monaco, Rubin Aguilar tertanduk bola ke gawang sendiri sekali gus mengecewakan pasukannya.

Sheriff Tiraspol muncul wakil pertama Moldova ke saingan peringkat kumpulan apabila seri 0-0 di Zagreb selepas menewaskan Dinamo 3-0 dalam aksi peringkat pertama.

Belum pernah dalam sejarah kejohanan pasukan dari Eropah Timur dengan jumlah penduduk hanya 2.6 juta orang layak ke peringkat kalah mati 32 pasukan.

RB Salzburg pula meledak dua gol dalam tempoh 10 minit pertama untuk menang 2-1 di Brondby dan mara dengan agregat 4-2.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Ogos 2021 @ 10:25 AM