VAN yang dihias dengan kaki dan tangan plastik. FOTO AGENSI
VAN yang dihias dengan kaki dan tangan plastik. FOTO AGENSI
Agensi

London: Penghujung Oktober kebiasaannya dilihat orang ramai akan memakai kostum pelik sempena Halloween termasuk melakukan prank.

Namun lain pula yang berlaku kepada lelaki ini apabila prank yang dibuatnya terpaksa mendapat campur tangan polis.

Portal Daily Star melaporkan, seorang lelaki bernama Daren Houlker itu pada awalnya berniat melakukan prank dengan menghiasi van miliknya.

Van putih itu dibawa Daren mengelilingi kawasan sekitar untuk menakutkan orang ramai.

Namun ternyata hiasan van Daren itu nampak seperti realiti hingga dirinya dilaporkan ke polis.

Lelaki berusia 49 tahun berasal Manchester itu terkejut rumahnya didatangi polis. Polis melaporkan mereka sedang menyiasat kes penculikan.

Mendengar hal itu, Daren pun meminta polis memeriksa van miliknya.

Selepas melihat lebih dekat, polis ketawa kerana ternyata itu hanya hiasan untuk prank Halloween.

Daren sengaja menghiasi van putihnya dengan kaki dan tangan plastik yang kelihatan seperti tersepit antara pintu van miliknya.

Kemungkinan ada pemandu kenderaan lainmelihat kejadian itu dan melaporkan Daren ke pihak polis atas kes penculikan.

Walaupun prank itu sedikit keterlaluan, namun Daren mengaku berpuas hati kerana gurauannya itu nampak seperti realiti.

Bapa dua anak itu turut merancang untuk terus menakutkan orang lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 November 2021 @ 6:35 AM