Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain pada sidang media kejayaan menumpaskan tangkapan sindiket penipuan pelaburan Forex GHC dan Crytocurrency Menara KPJ Kuala Lumpur. FOTO HAZREEN MOHAMAD
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain pada sidang media kejayaan menumpaskan tangkapan sindiket penipuan pelaburan Forex GHC dan Crytocurrency Menara KPJ Kuala Lumpur. FOTO HAZREEN MOHAMAD
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Polis mempertingkatkan tahap keselamatan terutama di balai polis terpencil susulan kes serangan dan pencerobohan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor dan Balai Polis Dato' Keramat, Pulau Pinang baru-baru ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, prosedur operasi standard (SOP) di balai polis akan ditambah baik selain bagi memastikan kesiapsiagaan apabila berlaku sebarang ancaman.

Katanya, selain kebajikan, tahap keselamatan anggota serta balai polis juga perlu diberi penekanan.

"Antaranya, di balai terpencil, kita akan arahkan pagar (balai) ditutup pada 9 malam dan sebagainya malah semalam satu mesyuarat diadakan bagi menentukan kesiapsiagaan.

"Apa yang perlu dari segi logistik, lampu parameter bagi balai besar selain bila sepatutnya pagar ditutup," katanya dalam sidang media di Menara KPJ, di sini hari ini.

Pada 17 Mei lalu, seorang lelaki berusia 21 tahun menyerang Balai Polis Ulu Tiram, Johor dalam kejadian 2.45 pagi itu.

Tiga disahkan maut iaitu dua anggota polis masing-masing berusia 22 tahun, serta suspek yang berusia 21 tahun, manakala seorang lagi anggota pasukan keselamatan itu cedera.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Mei 2024 @ 3:56 PM