RAKAMAN CCTV tindakan dua lelaki meletak meja di tengah jalan untuk melakukan prank di Boyolali, Jogjakarta. FOTO iNews
RAKAMAN CCTV tindakan dua lelaki meletak meja di tengah jalan untuk melakukan prank di Boyolali, Jogjakarta. FOTO iNews
Agensi

Jogjakarta: Entah apa yang difikirkan dua lelaki yang sanggup meletakkan meja di tengah jalan semata-mata untuk melakukan prank.

Akibat perbuatan mereka itu, beberapa penunggang motosikal terbabas kerana tidak sempat mengelak meja yang diletakkan.

Penunggang motosikal yang tidak sempat mengelak juga terjatuh dan terseret sejauh 10 meter.

Kejadian di Boyolali itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) hingga berjaya membawa kepada penahanan suspek.

Menerusi rakaman itu, dua lelaki menaiki motosikal dan berhenti di depan sebuah kedai.

Pemboncengnya dirakam mengangkat meja dan meletakkan di tengah jalan raya sebelum melarikan diri.

Rakaman CCTV itu tular dan mendapat perhatian polis yang kemudiannya mengesan suspek untuk siasatan lanjut.

Ketua operasi, Iptu Wikan Sri Kadiyono berkata, polis berjaya menahan suspek dan merampas motosikal digunakan dalam kejadian itu.

"Suspek mengakui tindakan dilakukan hanya sekadar prank terhadap rakannya yang berada di belakang.

"Namun perbuatan itu menyebabkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Mei 2021 @ 6:30 AM