FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Agensi

London: Seorang lelaki berdepan tindakan saman daripada adik iparnya apabila melakukan prank dengan menyembunyikan alat bantu pendengaran sehingga merosakkan peranti itu.

Lebih kesian, kakaknya kini dalam dilema dan tersepit memilih untuk menyokong suami atau adik lelakinya.

Adiknya yang berusia 23 tahun yang juga seorang penuntut kolej mempunyai kecacatan pendengaran dan mendakwa ibu bapa mereka membelanjakan 3,024 euro (RM13,805) untuk membeli alat bantu pendengaran itu.

Mirror melaporkan, ketika lawatan ke rumah ibu bapanya, suami wanita berusia 32 tahun itu memutuskan untuk melakukan prank kejam terhadap adiknya dengan menyembunyikan peranti pendengaran itu selama berjam-jam sebelum ketawa sambil akhirnya menyerahkannya semula.

Malangnya, dia berkata, peranti itu rosak membuatkan adik lelaki itu sangat kecewa dengan tindakan abang iparnya.

"Adik saya mula menjerit kepada suami dan mengugutnya dengan tindakan mahkamah jika dia tidak menggantikan peranti pendengaran baru.

"Saya suruh adik menyaman abang iparnya kalau terpaksa kerana tindakan suami sangat memalukan.

"Walaupun suami pada mulanya tidak mengambil serius ugutan ini, dia terkejut dua hari lalu apabila menerima surat saman daripada adik," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Mac 2022 @ 6:40 AM