Tim Merlier
Tim Merlier
AFP

Padua: Tim Merlier memenangi peringkat ke-18 Giro d'Italia pada semalam dalam pecutan terakhir ketika Tadej Pogacar mendahuluinya pada perlumbaan terdahulu.

Merlier berasal dari Belgium menewaskan jaguh tempatan Jonathan Milan didalam perlumbaan yang jaraknya 178 kilometer sekali gus mengesahkan kemenangan keduanya pada musim ini.

Pelumba yang mewakili Soudal-Quick Step itu terpaksa bersaing dengan Milan dalam beberapa meter terakhir walaupun kedua-duanya dilihat kurang menyerlah dalam perlumbaan itu.

"Beraksi dari belakang tidak semudah itu tetapi kami berjaya mencari posisi yang baik," kata Merlier.

"Saya dapat rasakan seseorang datang di sebelah kiri... kemudian saya lihat ia adalah Milan di sebelah kiri saya dan saya memecut. pecutan yang sangat baik diperlukan."

Pertarungan Merlier dengan Milan, yang mengekalkan jersi cyclamen sebagai raja pecut dengan kelebihan 127 mata ke atas Kaden Groves.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Mei 2024 @ 3:28 PM