Pelancaran penyaman udara baharu Inverter Panasonic oleh (dari kiri) Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran, Stephen Eric Khan, Pengarah Asia Pasifik, Masahiko Mlyoshi, Ketua Pegawai Operasi, Dai Nishi dan Pengarah Jualan Bahagian Produk Pengguna, Liew Choon Wah di Boathouse By Lake, Jalan Ampang. FOTO AMIRUDIN SAHIB
Pelancaran penyaman udara baharu Inverter Panasonic oleh (dari kiri) Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran, Stephen Eric Khan, Pengarah Asia Pasifik, Masahiko Mlyoshi, Ketua Pegawai Operasi, Dai Nishi dan Pengarah Jualan Bahagian Produk Pengguna, Liew Choon Wah di Boathouse By Lake, Jalan Ampang. FOTO AMIRUDIN SAHIB
Mahaizura Abd Malik


Ampang: Panasonic Malaysia Sdn Bhd (Panasonic) menyasarkan penjualan 150,000 unit penyaman udara siri inverter menjelang penghujung tahun ini.

Ketua Pegawai Operasi Panasonic Air-Conditioning Malaysia, Dai Nishi berkata, sasaran itu diperkukuhkan menerusi empat produk inverter terbaharu keluaran mereka, Siri X-Deluxe Inverter, Siri Inverter Pintar, Siri Inverter Standard dan Siri Eco Inverter.

"Sehingga hujung tahun ini, kita sasarkan penjualan 150,000 unit untuk siri inverter ini dan tahun depan, kita jangkakan jualannya meningkat kepada 10 peratus.

"Biarpun berdepan cabaran daripada pesaing jenama lain, namun kami percaya boleh mencapai sasaran itu menerusi kelebihan produk kami yang menggunakan teknologi inverter cekap tenaga, yang bukan hanya memberikan keselesaan kepada pengguna, namun pada masa sama menjimatkan wang mereka.

"Untuk itu, kita akan mempergiatkan usaha mendidik masyarakat mengenai kelebihan inverter serta mempromosi kecekapan dan penjimatan tenaga menerusi kempen 'Oh Lah Jimat & Selamat, Bila-Bila Masa' yang dilancarkan secara rasmi pada Mac lalu dan akan berlangsung sehingga Mac 2025," katanya selepas majlis pelancaran penyaman udara inverter baharunya di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Dai berkata, pihaknya yakin dengan ciri seperti Teknologi nanoe™ X untuk udara dalaman yang lebih segar, teknologi inverter cekap tenaga dan mod intuitif Al ECO, penyaman udara Panasonic bakal menarik minat sesiapa sahaja yang mementingkan penyelesaian penyejukan ruang, sekali gus mesra alam sekitar.

"Penyaman udara kini menjadi satu keperluan bukan lagi kemewahan untuk rakyat Malaysia kerana memberi kelegaan daripada bahang haba, menjadikan ruang dalaman lebih selesa untuk menjalani aktiviti riadah, bekerja dan berehat.

"Kami sedar kesan penggunaan penyaman udara berlebihan kepada alam sekitar, justeru kami berusaha untuk mempromosikan sistem yang lebih cekap tenaga.

"la untuk mengimbangi keperluan kehidupan selesa yang dilengkapi dengan aspek kelestarian dan penjimatan kos iaitu satu yang amat penting kepada rakyat Malaysia," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Mei 2024 @ 3:28 PM