Kuala Lumpur : Pelakon, Mia Ahmad selamat melahirkan cahaya mata keempat yang juga bayi lelaki, petang kelmarin. 

Berita itu dikongsikan suaminya, Izham Tarmizi di Instagram dan turut memuat naik gambar dia sedang memegang bayi itu. 

"Syukur alhamdulillah. Isteri saya selamat melahirkan anak keempat kami pada 5.30 petang, 21 Mei 2024. 

"Terima kasih yang mendoakannya. Semoga semuanya dipermudahkan segala urusan," tulisnya. 

Mia dan Izham bagaimanapun tidak berkongsi maklumat terperinci mengenai kelahiran bayi itu. 

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017 dan sudah dikurniakan tiga anak iaitu Sayf Issa, 5; Iriss, 3; dan Imaani yang kini berusia setahun. 

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Mei 2024 @ 9:24 AM