YATT bersama empat anak. FOTO ihsan IG Yatt Hamzah
YATT bersama empat anak. FOTO ihsan IG Yatt Hamzah
Georgie Joseph

 

PELAKON, Yatt Hamzah, 40, mengalami keguguran anak kelima akibat keracunan makanan selepas makan di sebuah restoran di Melaka, semalam.

Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah mengakui sebak dan hilang kata-kata disebabkan ia pengalaman pertama keguguran.

"Innalillahiwainnailaihirojiun. Mohon sedekahkan al-Fatihah buat Muhammad Abdullah. Bondanya keguguran pada jam 3.30 petang tadi.

"Sejak semalam bonda keracunan makanan hingga cirit-birit dan muntah. Mulanya ingatkan sakit perut kerana keracunan sahaja. Rupanya ada 'anak kecil' nak pergi tinggalkan bondanya.

"Pengalaman pertama. Sebak dan tak terkata. Panik sekejap masa awal tadi. Semoga Allah bagi kuat. Semoga bonda segera sembuh. Doakan ya," katanya.

Yatt juga nyata terkilan tiada rezeki menimang cahaya mata kelimanya itu.

"Wahai anak bonda yang kelima, tiada rezeki untuk bonda mendakap besarkan kamu seperti kakak-kakak yang lain. Semoga ada rezeki berjumpa dan mendakapmu di akhirat nanti," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 September 2020 @ 12:05 PM