IHSAN pembaca
IHSAN pembaca
Oleh Rudy Syareme Sherifuddin

Georgetown: Kren di kawasan pembinaan tumbang dan menghempap tepi sebuah rumah di Jalan Magazine di sini, awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, berkata kren berkenaan yang berada di tengah-tengah premis perniagaan tumbang, namun tiada mangsa yang terbabit dalam kejadian itu.

Katanya, bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira 1.20 pagi.

“Komander operasi kemudian menghubungi kontraktor pembinaan yang terlibat untuk membuat kerja pengalihan.

"Lapan anggota terbabit dalam operasi itu dengan bantuan kontraktor tempatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Disember 2015 @ 9:07 AM