Kren yang tumbang dari atas sebuah bangunan dalam pembinaan di Damansara Perdana. - Foto Ihsan Bomba
Kren yang tumbang dari atas sebuah bangunan dalam pembinaan di Damansara Perdana. - Foto Ihsan Bomba
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Petaling Jaya: Sebuah kren di bahagian atas bangunan dalam pembinaan di Damansara Perdana di sini, tumbang dan menghempap tepi bangunan berkenaan.

Bagaimanapun, dalam kejadian 2.10 petang itu, tiada kecederaan atau kematian dilaporkan dalam kejadian itu.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 2 petang dan komander operasi menghubungi kontraktor pembinaan terbabit untuk kerja pengalihan.

"Satu jentera dengan kekuatan lima anggota terbabit dalam operasi itu dengan bantuan kontraktor ," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Disember 2016 @ 6:10 PM