IHSAN Bomba dan Penyelamat
IHSAN Bomba dan Penyelamat
Oleh Hadzlihady Hassan

Georgetown: Sebuah gudang pakaian di King Street, di sini, musnah dalam kebakaran.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat, berkata kebakaran berlaku jam 7.20 malam tadi.

Menurutnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

"Lapan belas anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan 7.25 malam. Sehingga ini, punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 September 2015 @ 8:37 PM