PENDUDUK kampung melihat telaga yang menyebabkan Nuraini (gambar bulat) tergelincir, semalam
PENDUDUK kampung melihat telaga yang menyebabkan Nuraini (gambar bulat) tergelincir, semalam
Oleh Zuliaty Zulkiffli

Padang Terap: “Pada awalnya kami menyangka dia (Nuraini Ismail, 16) sudah ‘tiada’ kerana nampak kakinya terapung tidak bergerak dalam telaga sedalam lapan meter sebelum abangnya turun menyelamatkannya apabila dia kelihatan bergerak selepas azan dilaungkan,” kata Siti Zaharah Abdullah, 52.

Sebelum kejadian jam 6.45 pagi semalam, Nuraini dikatakan cuba mengambil air dari telaga untuk menyiram pokok bunga di rumahnya di Kampung Tanjung, Padang Terap Kanan, Kuala Nerang, di sini, sebelum ke sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pong.

Bagaimanapun, mangsa dikatakan tergelincir ke dalam telaga berkenaan menyebabkan dia terjatuh ke dalam air.

Mangsa dikatakan bernasib baik kerana pandai berenang dan mengapungkan diri dengan berpaut pada dinding telaga yang terletak bersebelahan rumahnya.

Siti Zaharah yang juga ibu saudara mangsa berkata, kejadian itu hanya disedari ibu mangsa Rohani, 50-an ketika hendak mengambil wuduk dan ternampak motosikal anaknya masih berada di luar rumah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Oktober 2015 @ 6:58 AM