PEGAWAI Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Alor Setar melakukan siasatan di dalam rumah yang terbakar di Kampung Pengkalan Tok Puteh.
PEGAWAI Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Alor Setar melakukan siasatan di dalam rumah yang terbakar di Kampung Pengkalan Tok Puteh.
ROHE memeluk Naufal yang berjaya menyelamatkan diri.
ROHE memeluk Naufal yang berjaya menyelamatkan diri.
Oleh Zuliaty Zulkiffli

Padang Terap: “Saya menyangka anak bongsu terperangkap dalam rumah ini ketika api sedang marak kerana puas kami memanggil namanya berkali-kali, tetapi tidak disahut.

“Bagaimanapun, saya menarik nafas lega apabila mendapati Naufal Harun, 6, berjaya menyelamatkan dirinya melalui pintu belakang dan ketika itu bahagian tingkat atas rumah runtuh dijilat api,” kata Rohe Medah, 45, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pengkalan Tok Puteh, Mukim Tualak, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi, kelmarin, enam sekeluarga terselamat apabila rumah yang didiami mereka terbakar menyebabkan 30 peratus bahagian atas rumah berkenaan hangus.

Rohe berkata, ketika kejadian dia sedang memasak di dapur manakala empat anaknya berada di tingkat atas berehat bersama bapa mereka, Harun Md Isa, 48.

Katanya, dia kemudian memanggil anak ketiganya, Umar Hakimi Harun, 10, sebelum anaknya terhidu bau hangit di tingkat atas rumah berkenaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Julai 2015 @ 6:23 AM