Mohd Nashir (dua dari kiri) melihat mayat yang ditanam dalam lubang di Hutan Simpan Charok.
Mohd Nashir (dua dari kiri) melihat mayat yang ditanam dalam lubang di Hutan Simpan Charok.
Oleh Mohamad Hussin

Padang Terap: Kami menunggu dengan penuh debaran bercampur perasaan sedih dan hiba sepanjang malam tadi (semalam) bagi memastikan sama ada mayat itu anak saudara perempuan yang hilang sejak 11 hari lalu.

“Akhirnya kami bersyukur kepada Allah SWT apabila ia bukan anak saudara kami sebaliknya polis mengesahkan mayat seorang lelaki yang ditanam dengan kejam dalam lubang berkenaan,” kata Zubri Laman, 38, bapa saudara kepada Siti Norhayati Abidin, 19, yang dilaporkan hilang sejak 14 Februari lalu.

Difahamkan, Siti Norhayati dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Tanjung Luar, Jalan Pedu, Kuala Nerang, dekat sini, selepas dipercayai keluar ke kedai membeli makanan sebelum motosikalnya ditemui di Dewan Kampung Tanjung Siam, dekat sini, kira-kira jam 7.30 pagi keesokan harinya.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari kelmarin, Zubri yang mencari madu kelulut bersama rakannya di kawasan Hutan Simpan Charok Temingat, Pedu, dekat sini, terkejut menemui ranting kayu dan daun ditimbun di atas tanah mendap seperti baru digali.

Zubri berkata, dia tergamam kerana tidak pernah melihat timbunan tanah mencurigakan di dalam kawasan hutan berkenaan walaupun sudah beberapa tahun bekerja sebagai pencari madu kelulut.

“Timbul persoalan di hati adakah ia mayat Siti Norhayati yang hilang sejak 11 hari lalu. Bermacam-macam andaian dibuat sehingga saya menangis dan tidak mampu berbuat apa-apa kerana sebak mengenangkan anak saudara saya diperlakukan demikian

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Februari 2015 @ 9:44 AM