ANTARA barangan yang dirampas. FOTO Saddam Yusof
ANTARA barangan yang dirampas. FOTO Saddam Yusof
Oleh Asmah Rusman


Kuala Lumpur: Polis menahan tujuh lelaki warga Bangladesh anggota sindiket pemalsuan pasport, pas khas Jabatan Imigresen dan Kad Pendaftaran Personel Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam dua serbuan di Presint 9 dan 11, Putrajaya, Jumaat lalu.

Dalam serbuan 4.50 hingga 5.30 pagi yang dijalankan di Presint 9, enam lelaki ditahan termasuk tiga yang menyorok di dalam tandas rumah di tingkat enam manakala seorang lagi ditahan di Presint 11.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghany berkata, semua yang ditahan berusia antara 25 hingga 31 tahun dan memiliki pasport.

"Siasatan mendapati sindiket ini sudah bergiat aktif melakukan pemalsuan dokumen berkenaan sejak dua tahun lalu dengan mengaut keuntungan kira-kira RM5 juta," katanya.

Menurut Izany, polis turut merampas pelbagai peralatan dan mesin memproses dokumen selain 382 pasport dan 410 kad CIDB palsu serta wang tunai RM5,000.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 September 2015 @ 4:54 PM