TERTUDUH dipenjara 18 tahun selepas didapat bersalah. FOTO Muhamaad Razis Ismail
TERTUDUH dipenjara 18 tahun selepas didapat bersalah. FOTO Muhamaad Razis Ismail
Oleh Muhamaad Razis Ismail


Kota Bharu: Wanita warga Vietnam berusia 51 tahun dipenjara 18 tahun selepas didapati bersalah terhadap tuduhan memiliki dadah jenis methamphetamine di Mahkamah Tinggi tadi.

Hakim Datuk Azman Abdullah membuat keputusan terhadap Nguyen Hang Na selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan terhadap elemen pemilikan dadah.

Mengikut pertuduhan tertuduh didakwa memiliki dadah methamphetamine seberat 3128.8 gram di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini pada 12.25 tengah hari, 8 November 2013.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim manakala tertuduh diwakili peguam bela Latifah Ariffin.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 September 2015 @ 1:55 PM