Leow diiringi anggota polis selepas dijatuhi hukuman penjara 13 tahun. FOTO Ramdzan Masiam
Leow diiringi anggota polis selepas dijatuhi hukuman penjara 13 tahun. FOTO Ramdzan Masiam
Hadzlihady Hassan

Georgetown: Lelaki berusia 58 tahun dijel 13 tahun selepas mengaku bersalah memiliki methamphetamine seberat 141.93 gram di Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini.

Tertuduh Leow Kim Sung yang juga sub kontraktor membuat pengakuan itu selepas pertuduhan pilihan dibacakan terhadapnya dihadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azmi Ariffin.

Mengikut pertuduhan pilihan, dia didakwa memiliki dadah di alamat 7A-6-3 Lebuhraya Thean Teik, Desa Intan, Ayer Itam, di sini, pada 9 September 2014.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A (2) Akta sama.

Tertuduh diwakili peguam Dev Kumaraendran dan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Emma Syafawati Abdul Wahab.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 April 2016 @ 1:25 PM