HOFFMAN ambil peluang kegagalan Spieth.
HOFFMAN ambil peluang kegagalan Spieth.

Norton, AS: Charley Hoffman mencatat lapan bawah par 63 semalam untuk mendahului saingan Kejohanan Deutsche Bank, namun aksi cemerlangnya dibayangi kegagalan Jordan Spieth yang tersingkir buat kali kedua berturut-turut.

Hoffman , pemain AS yang berharap dapat menyertai pasukan Piala Presiden AS minggu ini menamatkan saingan dengan 12 bawah par 130 keseluruhan dan tiga pukulan mendahului pemain Zimbabwe, Brendon de Jonge di TPC Boston.

Pemain Australia, Matt Jones yang melakukan 67 pukulan terikat di tangga ketiga dengan lapan bawah par, berkongsi kedudukan dengan tiga lagi pemain AS, Zach Johnson (65), Kevin Chappell (67) dan Rickie Fowler (67).

Juara PGA, Jason Day sekali lagi melakukan 68 pukulan dan terikat di tangga ke-10, ketinggalan enam pukulan berbanding Hoffman manakala pemain nombor satu dunia dari Ireland Utara, Rory McIlroy melakukan birdie di lubang ke-18 semalam untuk 74 pukulan dan berjaya meloloskan diri ke pusingan ketiga.

Day dan McIlroy akan memulakan minggu ini dengan perebutan ranking teratas dunia bersama-sama Spieth.

Spieth, juara Masters dan Terbuka AS berusia 22 tahun, gagal melepasi ‘cut’ dengan dua atas par 73, bermakna dia gagal melepasi kelayakan berturut-turut sebagai pemain amatur dan profesional dalam Jelajah PGA AS buat kali pertama sepanjang kariernya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 September 2015 @ 8:32 AM