GAMBAR wanita memijak gambar Najib dan Hadi Awang yang menjadi viral di laman sosial.
GAMBAR wanita memijak gambar Najib dan Hadi Awang yang menjadi viral di laman sosial.
Oleh Mohd Fadly Samsudin


Kuala Lumpur: Polis meminta dua wanita yang menyertai perhimpunan haram baru-baru ini tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk membantu siasatan berhubung aksi mereka memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, Unit Siasatan Terkelas Bukit Aman sedang menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan.

Tindakan keterlaluan itu dirakam pada 30 Ogos lalu ketika berlangsungnya perhimpunan haram berkenaan dipercayai di sekitar Jalan Tun Perak dan menjadi viral di laman sosial.

Beberapa individu dilihat mengambil gambar sambil memijak gambar dua pemimpin berkenaan yang ditindih supaya kelihatan seolah-olah berpelukan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 September 2015 @ 3:51 PM