PETINJU Maghribi, Youness Baalla (kiri) dan petinju New Zealand, David Nyika pada pertarungan kategori heavyweight (81-91kg) di pusingan awal tinju Tokyo 2020, hari ini. AFP
PETINJU Maghribi, Youness Baalla (kiri) dan petinju New Zealand, David Nyika pada pertarungan kategori heavyweight (81-91kg) di pusingan awal tinju Tokyo 2020, hari ini. AFP
AFP

Tokyo: Petinju heavyweight Maghribi, Youness Baalla cuba menggigit telinga David Nyika selepas tewas kepada lawan dari New Zealand itu di Tokyo 2020, hari ini.

Petinju berusia 22 tahun itu disingkirkan daripada kejohanan selepas tingkah laku tiada semangat kesukanan, sekali pun dia memang tersingkir selepas kekalahan itu.

Dalam satu kenyataan, penganjur Tokyo 2020 menyifatkan tindakan Balla sebagai 'tidak boleh dimaafkan' kerana dia jelas berniat menggigit muka atau telinga lawan pada pertarungan pusingan ketiga.

Rakaman perlawanan menunjukkan Baalla cuba menggigit telinga kanan Nyika ketika kedua-dua petinju itu berpelukan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Julai 2021 @ 9:01 PM