KEADAAN banjir kilat dan tanah runtuh di Jalan Teluk Kumbar-Bayan Lepas. FOTO ihsan bomba
KEADAAN banjir kilat dan tanah runtuh di Jalan Teluk Kumbar-Bayan Lepas. FOTO ihsan bomba
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin


Bayan Lepas: Hujan lebat yang berlarutan tanpa henti sejak lebih sejam lalu mengakibatkan berlakunya kejadian tanah runtuh serta banjir kilat di Jalan Teluk Kumbar-Bayan Lepas berdekatan Saujana Height di sini, pagi tadi.

Kejadian 9 pagi itu mengakibatkan laluan berkenaan tidak dapat dilalui berikutan tanah runtuh yang melintangi jalan.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada

9.41 pagi dah tiba dilokasi kejadian 10 minit kemudian.

Beliau berkata, tiada sebarang kecederaan atau kerosakan yang dilaporkan dan operasi selanjutnya kemudian diserahkan kepada pihak polis dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Menurutnya, operasi berkenaan tidak membabitkan mangsa, sebaliknya hanya membabitkan kenderaan tidak boleh melalui jalan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Julai 2015 @ 12:19 PM