Kebakaran kontena yang dijadikan penempatan sementara pekerja warga asing di tapak pembinaan di Pusat Sukan Arena Antarabangsa (PISA), malam tadi. FOTO ihsan pembaca
Kebakaran kontena yang dijadikan penempatan sementara pekerja warga asing di tapak pembinaan di Pusat Sukan Arena Antarabangsa (PISA), malam tadi. FOTO ihsan pembaca
Rudy Syareme Sheriffudin

Bayan Lepas: Lima puluh pekerja warga asing terselamat selepas lapan kontena yang dijadikan tempat tinggal sementara mereka di tapak pembinaan di Pusat Sukan Arena Antarabangsa (PISA) musnah terbakar 10 malam tadi.

Ketika kejadian semua pekerja sedang berehat di dalam 50 kontena yang dijadikan kediaman sementara pekerja pembinaan.

Komander Operasi Balai Bomba danPenyelamat Jalan Perak, Penguasa Bomba Kanan II Rozaidi Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.09 malam.

Beliau berkata, sepasukan 18 pegawai dan anggota dari Jalan Perak dan Paya Terubong ke lokasi kejadian dan tiba pada 10.23 malam.

Katanya, setiba dilokasi pihaknya mendapati lapan kontena yang dijadikan tempat kediaman sementara pekerja tapak projek pembinaan terbakar.

"Pemeriksaan lanjut mendapati tiada mangsa dilaporkan cedera dan api dipadamkan sepenuhnya 11.35 malam," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Mac 2016 @ 12:10 PM