Anggota bomba memberi rawatan awal kepada penunggang basikal yang cedera selepas jatuh gaung di Setia Triangle, Bayan Lepas hari ini. Foto Ihsan JBPM
Anggota bomba memberi rawatan awal kepada penunggang basikal yang cedera selepas jatuh gaung di Setia Triangle, Bayan Lepas hari ini. Foto Ihsan JBPM
Zuhainy Zulkiffli

Bayan Lepas: Penunggang basikal patah kaki kanan selepas terjatuh ke dalam gaung setinggi enam meter ketika melakukan aktiviti itu di Setia Triangle di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.06 pagi hari ini.

Menurutnya, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru kemudiannya bergegas ke tempat kejadian.

Katanya, mangsa yang tinggal di Teluk Kumbar di sini, itu mengalami patah kaki kanan selepas terjatuh ke dalam gaung terbabit.

"Anggota penyelamat mengeluarkan mangsa menggunakan pengusung sebelum memberi rawatan awal kepadanya," katanya di sini.

Menurutnya, lelaki terbabit kemudiannya dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 January 2021 @ 12:09 PM