Oleh Hadzlihady Hassan


Bayan Lepas: Polis menahan lelaki, awal pagi tadi dipercayai terbabit dalam kes bunuh pelajar perempuan tingkatan lima di rumah mangsa di Flat Bandar Baru Teluk Kumbar, malam tadi.

Suspek berusia 20 tahun ditahan di kawasan Bayan Lepas dan polis turut menemui pisau yang dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa.

Jurucakap polis berkata, turut dijumpai telefon bimbit mangsa dan suspek dipercayai menceroboh bilik mangsa ketika dia tinggal seorang di rumah.

"Suspek yang bersembunyi sekitar kawasan ini turut mengambil telefon bimbit mangsa.

"Dia dijangka direman pagi ini di Mahkamah Majistret Balik Pulau bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Berita berkaitan

Ada kesan kelar di leher: http://hmtro.com/1MMM0yP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Oktober 2015 @ 9:42 AM
ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa. FOTO Mikail Ong
ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa. FOTO Mikail Ong