FOTO ihsan bomba
FOTO ihsan bomba
Oleh Suzaini Sulaiman

Tanjung Karang: Usaha mencari tiga lagi mangsa bot karam di Sungai Kajang dekat sini petang semalam masih diteruskan hari ini.

Bagaimanapun pasukan penyelamat sudah menemui bangkai bot karam berkenaan pagi tadi.

Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, operasi diteruskan pagi tadi membabitkan pelbagai agensi.

"Mayat mangsa yang ditemui malam tadi sudah diserahkan kepada polis dan kini usaha mencari tiga lagi mangsa masih diteruskan," katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 petang semalam, bot dinaiki 14 orang membabitkan 10 lelaki dan empat wanita karam menyebabkan empat lemas, tiga lagi masih hilang manakala tujuh yang lain selamat.

Mereka ke laut untuk menjalankan upacara membuang abu mayat.

Mangsa yang masih hilang dikenali sebagai G Shankar; A Parianathan, 30, dan M Kunasegaran, 57.

Mangsa yang terselamat ialah P Alumai; M Sugumaran; V Nagessari; M

Sumugam; CS Sathayah; G Sundaraja dan S Pritiven.

Sementara mangsa lemas dikenali sebagai Jayasanggari; Ganasunggari; Maniammah dan Logaraj.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Julai 2015 @ 3:50 PM