BANGKAI bot ditemui pihak bomba.
BANGKAI bot ditemui pihak bomba.
Oleh Suzaini Sulaiman


Tanjung Karang: Penantian hampir empat hari ahli keluarga mangsa bot karam G Ravi Shankar, 25, berakhir selepas mayatnya ditemui kira-kira jam 3 petang semalam di Pantai Tali Air 4, Sekinchan, dekat sini.

Mayat terakhir itu ditemui di celah pokok bakau di tepi pantai dalam keadaan berpakaian lengkap.

Mayat berkenaan disahkan ahli keluarga mangsa yang berada di lokasi.

Abang mangsa, G Rajendra, 28, berkata, sejak kejadian itu mereka sekeluarga serta rakan adiknya berkampung di situ serta berharap adiknya ditemui.

Katanya, walaupun adiknya ditemui dalam keadaan tidak bernyawa, mereka pasrah dengan kejadian yang berlaku.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Julai 2015 @ 6:19 AM