RAPIAH  menunjukkan kaki kanannya yang bengkak serta jari kaki kelengkengnya yang sudah dipotong akibat kencing manis di Flat Desa Wawasan, semalam.
RAPIAH menunjukkan kaki kanannya yang bengkak serta jari kaki kelengkengnya yang sudah dipotong akibat kencing manis di Flat Desa Wawasan, semalam.
Oleh Muhammad Shalaby Shahbuddin

Bukit Mertajam: “Sejak lapan Aidilfitri yang lalu, kami sekeluarga tidak pernah membeli baju raya dan tidak merasai nikmat beraya, malah turut menutup pintu rumah kerana tidak mahu kanak-kanak datang memandangkan tidak mampu memberikan mereka duit raya,” kata Rapiah Samsudin, 59, yang hidup serba kekurangan bersama suami dan anak tunggalnya di Flat Desa Wawasan di sini.

Dia yang menghidap kencing manis dan pemegang kad orang kurang upaya (OKU) berkata, disebabkan kesempitan hidup dialami, mereka tiga beranak menganggap Aidilfitri bukanlah hari yang menggembirakan.

Menurutnya, dulu kehidupan mereka agak berbeza memandangkan suaminya Abdullah Ayob, 65, bekerja kilang di Perai sebelum bersara pada usia 60 tahun manakala dia bekerja di Mak Mandin, Butterworth sebelum kilang berkenaan terbakar dan terpaksa berhenti kerja, 10 tahun lalu.

“Bagaimanapun, kini kami hanya mampu menitiskan air mata setiap kali tiba Aidilfitri apabila melihat keluarga lain berpeluang memakai pakaian serba baru dan meraikan hari raya, tetapi kami tidak mampu.

“Saya dan suami sudah tidak bekerja dan tiada pendapatan bulanan bagi menyara kehidupan manakala anak tunggal, Muhammad Rapis, 24, masih menganggur.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Julai 2015 @ 5:26 AM