Mohd Fadly Samsudin

Kuala Lumpur: Pemandu lori cedera apabila kenderaan yang dipandunya merempuh belakang lori lain dalam kejadian di Plaza Tol Sunway, 9.22 pagi ini.

Dalam kejadian itu, kedua-dua lori yang membawa muatan tanah itu dalam perjalanan ke Puchong.

Difahamkan, pemandu lori berusia 30-an itu gagal mengawal kenderaan sebelum merempuh lori yang memperlahankan kelajuan sebaik tiba di plaza tol berkenaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya dikerah ke lokasi sebelum mendapati seorang lelaki tersepit di tempat duduknya.

"Mangsa cedera di kaki akibat berjaya dikeluarkan dan dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Jun 2015 @ 1:21 PM