ALI XPDC
ALI XPDC
Ramlah Zainal

 

Kuala Lumpur: Isteri kepada penyanyi, Ali XPDC iaitu Sharifah Azuwanna Syed Joned memaklumkan keadaan suaminya semakin baik dan sudah boleh bernafas seperti biasa tanpa bantuan oksigen.

Sharifah Azuwanna berkata, doktor juga beri ubat yang paling bagus untuk merawat masalah jantung suaminya yang lemah.

"Alhamdulillah, doktor beritahu keadaan suami semakin positif. Kadang-kadang saja dia perlukan bantuan oksigen untuk bernafas.

"Selera makan pun okay sepanjang dirawat di sini. Doktor dan jururawat juga menjaga suami dengan baik,"katanya kepada Harian Metro.

Menurut Sharifah Azuwanna, Ali juga tidak jadi dipindahkan ke Hospital Serdang kerana keadaannya makin stabil.

"Suami masih lagi dirawat di hospital di Ipoh kerana doktor beritahu paling lama pun lima hari dia akan ditahan di wad kerana pihak hospital di sini ada 'link' (rangkaian) dengan doktor pakar.

"Insya-Allah, jika semuanya okay, dia sudah boleh keluar dari wad dan dibenarkan pulang ke rumah esok atau lusa (Isnin)," katanya.

Terdahulu, penyanyi XPDC Militia ini dimasukkan ke unit kecemasan, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, Perak, selepas mengalami semput dan kesukaran bernafas, baru-baru ini.

Sharifah Azuwanna berkata, dia membawa suaminya untuk membuat rawatan secara perubatan Islam bagi merawat penyakit jantung yang dihidapinya di sana.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Julai 2024 @ 3:46 PM