BARISAN pemain PBMM gembira bersama pingat kemenangan dan trofi.
BARISAN pemain PBMM gembira bersama pingat kemenangan dan trofi.
Oleh Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: Pasukan veteran Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia (PBMM) muncul juara saingan tiga penjuru Piala Datuk PS Sugumaran 2024 yang berlangsung di Setia Alam, malam tadi.

Aksi babitkan tiga pasukan antaranya PBMM, Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) itu menampilkan ramai bekas-bekas pemain dalam saingan itu.

PBMM tampak lebih unggul apabila meraih empat mata hasil kemenangan 2-1 ke atas KLFA dan seri 1-1 dengan FAS untuk dinobatkan juara sulung Piala Datuk PS Sugumaran itu.

Manakala KLFA menamatkan saingan di tangga kedua selepas menang 4-0 ke atas FAS dengan mengumpul tiga mata sementara FAS dengan satu mata.

Menurut Presiden PBMM, Mohd Firdaus Mohamed, beliau memuji kejohanan yang dianjurkan FAS itu di mana ia dapat mengeratkan lagi silaturahim dikalangan persatuan dan juga bekas pemain.

"Saya harap pertandingan sebegini dapat diteruskan dan dijadikan acara tahunan. Hari ini kita dapat lihat ramai bekas pemain beraksi dan ini menunjukkan bekas pemain ini masih aktif bermain.

"Kita bukan sahaja bermain bola sepak dan berjumpa, tetapi dalam perjumpaan ini mungkin ada idea-idea baharu yang boleh diketengahkan untuk kita sama-sama naikkan bola sepak negara," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Julai 2024 @ 3:36 PM